Thursday 10 November 2011

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak 
berumur empat hingga enam tahun secara  menyeluruh dan bersepadu dalam 
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, 
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk 
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam 
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab 
di sekolah rendah kelak.

No comments:

Post a Comment