Thursday 6 October 2011

Salasilah Prasekolah Pedah

Kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pedah telah dibuka pada 02 Januari 1992. Guru kelas yang pertama ialah Pn. Nor Aziah binti Yaakob. Pengasuh yang mula berkhidmat di sini ialah Pn. Noraini binti Ismail.
Pada awal pembukaannya, kelas prasekolah ini telah menempatkan seramai 25 orang murid. Murid-murid yang ditempatkan di sini datangnya dari kampung-kampung yang berdekatan. Di sekolah ini hanya terdapat sebuah kelas  Prasekolah sahaja yang mana menempatkan seramai 25 orang murid sahaja.
Pada tahun 2000, guru kelas prasekolah bertukarganti kepada Cik Rosmawati bt Abd Majid dan pembantu prasekolah pula Cik Siti Rohana bt Ali. Sehingga tahun 2001, prasekolah mempunyai bangunan khas yang mana bangunannya terletak di bahagian belakang sekolah. Mulai tahun 2002, kelas ini telah berpindah ke bangunan lain yang mana 2 buah kelas yang telah diubah suai menjadi satu kelas. Perpindahan ini kerana bangunan kelas yang lama terpaksa dirobohkan untuk pembinaan blok bangunan sekolah yang baru bagi menanpung penambahan murid-murid di arus perdana.
Kini, prasekolah telah bertukar guru iaitu Pn. Shuasliza bt Mohd Basir dan pembantu pengurusan muridnya pula masih Cik Siti Rohana bt Ali.

No comments:

Post a Comment