Tuesday 1 May 2012

Program CEPAT MEMBACA - SAYANG BACALAH

Program Cepat Membaca.

Setiap tahun Prasekolah akan mengadakan program Cepat Membaca. Program ini melibatkan semua murid prasekolah iaitu seramai 25 orang murid. Murid akan diperuntukan sebanyak setengah jam seorang untuk mengikuti program ini. Program ini bermula dari awal tahun (Januari) sehinggalah bulan 7 (Julai). Guru akan membuat senarai semak dan penilaian terhadap perkembangan muri tersebut tentang apa yang dipelajari dan dibaca.


Murid akan mengambil buku masing-masing dan membaca selama setengah jam sebelum dipanggil dan diperdengarkan kepada cikgu tentang bacaan mereka sebelum mereka pulang. Bagi mereka yang telah menguasai dengan baik, guru akan melepaskan murid tersebut dan membenarkan mereka membaca dan meminjam buku dari sudut perpustakaan mini yang ada di dalam kelas. Manakala bagi murid yang belum menguasai, penekanan dan pemerhatian yang penuh dan sewajarnya akan diberikan untuk memastikan murid tersebut dapat mengusai dan difahami.

No comments:

Post a Comment