Tuesday 8 May 2012

Waktu Makan..





Pic ni diambil waktu murid prasekolah tengah makan. kebetulan 
hari ni menunya Nasi goreng. Kebiasaannya murid akan menghidangnya sendiri mengikut 
jadual tugas yang dipaparkan. Menu sentiasa berubah mengikut kesesuaian dan 
perancangan yang telah dirancang pada awal tahun dan telah dipersetujui oleh pihak 
sekolah serta ibubapa murid prasekolah sendiri..

Thursday 3 May 2012

PPM(Pembantu Pengurusan Murid) ....yang comel.. :))


Ini lah PPM (bertudung cokelat) kelas along, 
Cik Siti Rohana bt Ali. Pandai sungguh memasak. Semua murid suka sangat dengan masakan kak ana ni... Memang sedap sampai menjilat jari. Adalah satu cerita, tentang seorang budak pra ni.... huhuhuuu, 'ibu ain nak g sekolah...ish ish...' .. x boleh lah ain, ain kan 
demam... kata ibunya.., nak g jugak nak g jugak..nanti x dapat makan makanan kak ana... heheheh
itu lah peristiwa yang x dapat dilupakan. maybe kalu along bertukar sekolah lah kan.. x jumpa dah orang macam kak ana.. yer lah x letih melayan karenah murid-murid dan juga 
cikgunya ayang terlampau manja ni... heheh

we love kak Ana....!! 

Wednesday 2 May 2012

SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH 2012


Muhammad Syahmie Amzar
Muhammad Firdaus
Ahmad Hazim Muzakkir
Aufarahanis 
Nurul Dalilah
Daaniatul Aina
Wan Ilmi Danish
Muhammad Haikal Ramadhan
Nur Laila Alaiyah
Nurul Hasuhana
Hairani
Muhammad Irfan Muizz
Adam Ammar
Muhammad Muzamil
Nur Irish Ibtisham
Nur Syahirah Aliah
Nurul Intan Syuhada
Adam Danish
Adam Harris
Nurul Safinah
Saripah
Harizul Hakim
Muhammad Syazwan 
Busyralhanan
Nur Hani Fatini

Tuesday 1 May 2012

Program CEPAT MEMBACA - SAYANG BACALAH

Program Cepat Membaca.

Setiap tahun Prasekolah akan mengadakan program Cepat Membaca. Program ini melibatkan semua murid prasekolah iaitu seramai 25 orang murid. Murid akan diperuntukan sebanyak setengah jam seorang untuk mengikuti program ini. Program ini bermula dari awal tahun (Januari) sehinggalah bulan 7 (Julai). Guru akan membuat senarai semak dan penilaian terhadap perkembangan muri tersebut tentang apa yang dipelajari dan dibaca.


Murid akan mengambil buku masing-masing dan membaca selama setengah jam sebelum dipanggil dan diperdengarkan kepada cikgu tentang bacaan mereka sebelum mereka pulang. Bagi mereka yang telah menguasai dengan baik, guru akan melepaskan murid tersebut dan membenarkan mereka membaca dan meminjam buku dari sudut perpustakaan mini yang ada di dalam kelas. Manakala bagi murid yang belum menguasai, penekanan dan pemerhatian yang penuh dan sewajarnya akan diberikan untuk memastikan murid tersebut dapat mengusai dan difahami.

Kandang Arnab

Bermain dengan Arnab di Karnival Jerantut.

Jinak sungguh arnab-arnab 
yang ada dalam kandang ni. Bagi kanak-kanak dan murid 
sekolah yang ingin masuk ke dalam kandang untuk bermain dan memberi makan 
arnab-arnab tersebut telah dikenakan bayaran
 sebanyak RM2.00 sekali masuk. Pihak terbabit juga ada menyediakan 
makanan seperti lobak yang telah dipotong dengan harga RM1.00. Seronok sangat bagi 


kanak-kanak yang berkesempatan berada di dalam kandang arnab tu.

Thursday 10 November 2011


Ladybug Note Generator

Matlamat Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak 
berumur empat hingga enam tahun secara  menyeluruh dan bersepadu dalam 
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, 
menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk 
konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam 
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab 
di sekolah rendah kelak.

Sunday 16 October 2011

Thursday 6 October 2011

Salasilah Prasekolah Pedah

Kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pedah telah dibuka pada 02 Januari 1992. Guru kelas yang pertama ialah Pn. Nor Aziah binti Yaakob. Pengasuh yang mula berkhidmat di sini ialah Pn. Noraini binti Ismail.
Pada awal pembukaannya, kelas prasekolah ini telah menempatkan seramai 25 orang murid. Murid-murid yang ditempatkan di sini datangnya dari kampung-kampung yang berdekatan. Di sekolah ini hanya terdapat sebuah kelas  Prasekolah sahaja yang mana menempatkan seramai 25 orang murid sahaja.
Pada tahun 2000, guru kelas prasekolah bertukarganti kepada Cik Rosmawati bt Abd Majid dan pembantu prasekolah pula Cik Siti Rohana bt Ali. Sehingga tahun 2001, prasekolah mempunyai bangunan khas yang mana bangunannya terletak di bahagian belakang sekolah. Mulai tahun 2002, kelas ini telah berpindah ke bangunan lain yang mana 2 buah kelas yang telah diubah suai menjadi satu kelas. Perpindahan ini kerana bangunan kelas yang lama terpaksa dirobohkan untuk pembinaan blok bangunan sekolah yang baru bagi menanpung penambahan murid-murid di arus perdana.
Kini, prasekolah telah bertukar guru iaitu Pn. Shuasliza bt Mohd Basir dan pembantu pengurusan muridnya pula masih Cik Siti Rohana bt Ali.